Thursday, February 27, 2014

IT'S ALL ABOUT L.A.D.I.E.S

haii semuaa .
hari ni bella nak sahring skit ngan korang semua, 
terutama kat kaum lelalki yang ade makwe or pompuan yg dorang suka .
its all about LADIES !
sometimes llaky tak faham prasaan pompuan ni ,
pompuan bagi klu pon still tak faham .
haa , so bella bg tips sikit .
kali ni bella tlong kaum lelaki ;) 
30 perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki .

  1. bila seseorang wanita mengatakan yang dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya .
  2. bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf .
  3. wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang ( sebab tu ramai wanita yang patah hati bila hubungan tu putus kat tengah jalan )
  4. sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seseorang, lelaki itu akan sentuasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain .
  5. bila lelaki yang dia suka n cinta merenung tajam ke dalam matanya, maka dia akan cair seperti coklat atau aiskrim yang cair sebab kena panas :P
  6. wanita memang sukakan pujian tapi selalunya diorang tak tau camne nak terima pujian tu .
  7. jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tau bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa sahaja .
  8. sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri dari kamu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika . sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cuba untuk tegur dia perlahan-lahan ( tapi better takyah sebab nnty gadis tu berharap )
  9. wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa , ( muzik, puisi, lukisan dan tulisan ) cara diorang meluahkan isi hati .
  10. jangan sesekali bagitahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna (jangan sekali-kali !)
  11. bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita ( sebab sometime dorang ni manje )
  12. bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seperti tak berminat, tetapi sebaik sahaja telefon diletakkan, dia akan menjerit sekuat hati dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan2 akan tahu berita itu .
  13. sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita, jadi kaum lelaki jangan senyum sembarangan !
  14. jika kamu menyukai seorang wanita, cuba mulakan dengan persahabatan . kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam .
  15. jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan kamu .
  16. tetapi, jika dalam masa yang sama dia menghubungi atau menunggi panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya !
  17. jangan sesekali mengagak apa yang dia rasakan . tanya dia sendiri ! jangan main sebut jek !
  18. selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya ' kenapa la aku tak jumpa laky ni lebuh awal '
  19. kalau kamu masih tercari-2 cara yang paling romantik untuk memikat hati seseorang gadis, cubalah rajin-2 selak buku-2 cinta .
  20. bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh gadis ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya .
  21. bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya :)
  22. satu ucapan 'Hai ' sudah cukup menceriakan hari si gadis :D
  23. teman baiknya saja yang tau apa yang sedang dia rasa dan lalui .
  24. wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik .
  25. CINTA bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi .
  26. semua gadis mahukan seseorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati .
  27. senjata wanita adalah air mata ! 
  28. gadis amat suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan suprise buatnya ( hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis ). mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati . dengan ini, dia tidak akan ragu2 terhadapmu .
  29. gadis mudah jatuh cinta pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya . so, kalau nak memikat si gadis, pandai2 laa .
  30. sebenarnya mudah mengambil hati si gadi kerana apa yang diorang nak hanyalah perasaan untuk dicintai dan disayangi sepenuh hati dan sepenuh jiwa !
apa yang bella post kat atas ni ...
FAKTA !

SEE?
actually semua perempuan camtu .
walaupun diorang cakap diorang oke, tapi dalam hati dorang tak macam tuu .
so kaum adam kena faham kaum hawa ni .
susah camne pon , 
but at least . 
TRY !!
tak salah kan ?
cuba fahami hati wanita yang lembut mcm kapas tu oke ?
heheheheh :D

oke laa ,
that's all for today ,
next time bella post pasal kaum adam pulak .
adil kan ?
byee peeppss !



No comments: