Friday, May 30, 2014

Engagement :)


hai fellas!
orang cakap setiap yang berlaku ade hikmahnya .
Alhamduillah , 
hikmah ditinggalkan ,
bella dilamar oleh sseorang yang pernah ada dalam hidup bella .

ramai orang pelik,
knapa tiba-2 ,
bella ase mungkin da sampai jodoh kot .
walaupun ramai ckap bella still muda ,
tapi family dua belah pihak dah stuju .
Alhamdulillah .
just doakan yang terbaik untuk kami berdua :)

anything bella akan inform oke :)
just doakan yang terbaik untuk bella :D
thanks .


ADAB BERTUNANG

Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. 
Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. 
Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. 
Jika tidak dibincangkan di majlis merisik atau majlis merisik tidak dilakukan, hantaran, tarikh dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara akad nikah akan dibincangkan.
Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. 
Pada hari tersebut, majlis kenduri/jamuan ringkas akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. 
Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.