Tuesday, October 21, 2014

CARA MEMBUAT CREAM PUFF


bella suka sgt cream puff .
cme tak pndai buat .
bella amek resepi ni kat google .
sape yg mnat cbe la buat .
lau brjaya bgtau bella tau .
Good luck !

CREAM CUSTARD
Bahan-bahan :
1sdb tepung gandum
1sdb tepung custard 
200ml susu segar 
4 sdb gula pasir
1 biji telur saiz A
1 sdb marjerin/butter
1/2 sdt esen vanilla


Cara penyediaan :
1- Satukan tepung gandum, tepung castard dan 2 sdb susu dalam periuk. Kacau rata hingga tak berketul
2- Kemudian masukkan telur dan esen vanilla, kacau rata lagi.
3- Selepas itu, masukkan kesemua baki susu segar dan gula, masak atas api perlahan sehingga pekat. Sentiasa kacau untuk mendapatkan custard yang licin. 
4- Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata.
5- Masukkan custard ke dalam pipping bag dan sedia di paipkan ke dalam cream puff


CREAM PUFF
Bahan-bahan :
1 cwn tepung gandum - 120gm
1 cawan air-200ml
1/2 cwn butter-90gm>dipotong dadu
4 biji telur(saiz C) 
1sdt esen vanila
1sdb gula
secubit garam

Cara Penyediaan :
1)panaskan oven pada suhu 200'c, satukan air & butter dalam periuk, masak hingga butter cair
2) kemudian masukkan gula dan garam
3) dengan menggunakan api kecil, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi kental dan tidak melekat pada periuk
4) tutup api, biarkan adunan sebentar / suam 
5) masukkan telur yang telah dipukul sebati bersama esen vanila dan kacau sehingga sebati menggunakan mixer
6) selepas itu, masukkan adunan ke dalam piping bag dengan menggunakan nozel berbentuk bintang
7) paipkan adunan bentuk rosset di atas dulang pembakar 
8) sapu permukaan doh dengan air
9) bakar pada suhu 200'c selama 15 minit dan kemudian turunkan suhu kepada 180'c dan teruskan bakar selama 20 minit hingga keperang-perangan.
10) setelah sejuk, boleh paipkan cream custard dalam puff dan sedia dihidangkan.